Lelaki ditangkap curi kambing 41 tahun lalu

Gambar hiasan
A
A

AGARTALA - Anda boleh lari namun tidak boleh menyembunyikan diri selama-lamanya daripada undang-undang.

Hal ini terbukti benar dalam kes kecurian kambing di negeri Tripura, India yang berlaku 41 tahun lalu.

Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan dan didakwa pada Jumaat lalu.

Lelaki berkenaan melarikan diri selama lebih empat dekad selepas namanya tersenarai dalam waran tangkap tetap.

Menurut laman berita, India Today, Bachu Kaul bersama bapanya, Mohan Kaul mencuri kambing dari daerah Ranirbazar di Tripura Barat pada 1978.

Penahanan ke atas pekerja ladang teh itu dibuat berdasarkan waran tangkap tetap.

Difahamkan, waran tangkap tetap dikeluarkan oleh mahkamah apabila individu yang dituduh melakukan jenayah diisytiharkan melarikan diri.

Walaupun tuduhan jenayah itu dikenakan terhadap anak beranak itu, hanya Bachu yang akan dibicarakan berikutan bapanya sudah meninggal dunia 18 tahun lalu.,

"Bachu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah. Pada masa itu, harga kambing tersebut adalah kira-kira 45 Rupee (RM2.62) dan harga pasaran semasa kini mencecah lebih 3,000 Rupee (RM174)," kata jurucakap polis. - Agensi