Lelaki serang bekas isteri, mentua dibebaskan

Shafa'aton - Foto Bernama
Shafa'aton - Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis membebaskan seorang lelaki yang ditahan kerana didakwa menyerang bekas isteri dan bapa mentuanya baru-baru ini atas faktor kesihatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, suspek hadir memberi keterangan pada Isnin lepas dan dibebaskan pada hari yang sama selepas mengemukakan surat rujukan perubatan.

"Suspek berumur 34 tahun itu dibebaskan pada hari yang sama atas faktor kesihatan selepas mengemukakan rujukan perubatan.

"Siasatan mengenai kes ini masih lagi dijalankan dan laporan kes ini akan dirujuk kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu suspek bertindak memukul bekas isterinya dan juga bapa mentuanya dalam kejadian di Jalan Utarid, Sungai Buloh baru-baru ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM tunggu maklumat kes doktor cederakan bekas isteri, mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Kes lelaki serang bekas isteri rujuk Timbalan Pendakwa Raya

Artikel Berkaitan: