X

Kindly register in order to view this article
!

Jerebu: Tawau catat IPU tidak sihat pagi ini

A
A

KOTA KINABALU - Kualiti udara di Tawau mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan catatan IPU tertinggi berbanding enam kawasan lain di Sabah termasuk Labuan setakat jam 10 pagi ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Tawau merekodkan kadar bacaan IPU 125, terus meningkat berbanding IPU 106 direkodkan jam 6 pagi tadi.

Kualiti udara di kawasan lain di Sabah mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu Politeknik Kota Kinabalu (79), diikuti Sandakan (77), Keningau (71), Kota Kinabalu (61) dan Kimanis (57).

Kadar bacaan IPU di pulau bebas cukai, Labuan pula turut merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 69.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini pada setiap jam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus