Jerebu: Tanah milik anak syarikat Malaysia di Indonesia disita

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia menyita sebidang tanah milik sebuah anak syarikat daripada Malaysia setelah dipercayai terlibat dalam kebakaran hutan hingga mengundang masalah jerebu kini.

Memetik laporan CNN Indonesia, tindakan itu diambil Rabu lalu terhadap PT Adei Plantation Industry yang disyaki sengaja memulakan kebakaran hutan tersebut di sebidang tanah terletak di Riau.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar sejumlah besar saham syarikat tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia.

Mengulas mengenai kenyataannya iaitu jerebu yang masuk ke Malaysia, Siti Nurbaya memaklumkan beliau sekadar menjelaskannya berdasarkan analisis mengenai data satelit yang diambil antara 3 dan 8 September lalu.

"Data itu yang saya jelaskan. Saya minta supaya objektif. Kalau yang dibahas data yang hari ini ya tentu lain situasinya. Makanya harus ikut turutan melihat dan mengolah data.

“Data itu yang saya jelaskan. Saya minta supaya objektif. Kalau yang bercakap tentang data hari ini, memang lain situasinya. Maka, harus mengikut turutan dalam menganalisis data,” katanya.

Sementara itu, untuk info pada Rabu lalu Siti Nurbaya dilaporkan mendakwa masalah jerebu yang kini sedang melanda ibu negara Malaysia iaitu di Kuala Lumpur bukannya berpunca daripada Indonesia, tetapi berasal dari Sarawak.

Dakwaan itu dibuatnya di sebalik pengesanan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang memperlihatkan jerebu melanda Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatra manakala jerebu di Sarawak daripada Kalimantan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin tampil memberitahu Siti Nurbaya supaya tidak berada dalam penafian berhubung punca jerebu.

Malah Yeo menjelaskan pengesanan (ASMC) menunjukkan jerebu yang berlaku di kawasan Semenanjung Malaysia adalah berpunca daripada Sumatera dan di Sarawak berasal dari Kalimantan sekali gus menyangkal dakwaan Siti Nurbaya.