Jerebu: IPU menurun tetapi masih tidak sihat

Keadaan jerebu di Bandar Baru, Farlim sehingga jam 10 pagi tadi.
Keadaan jerebu di Bandar Baru, Farlim sehingga jam 10 pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Keadaan jerebu di negeri ini dilaporkan berkurangan apabila keempat-empat stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan penurunan sehingga jam 10 pagi ini.

Bagaimanapun, tiga stesen bacaan IPU masih mencatatkan paras bacaan tidak sihat iaitu Seberang Jaya, Minden dan Balik Pulau.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di Balik Pulau direkodkan pada paras 111, Minden (113) dan Seberang Jaya (105).

Sementara itu, stesen bacaan IPU Seberang Perai pula menghampiri bacaan tidak sihat selepas direkodkan pada paras 97 pada jam sama.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Susulan keadaan jerebu di negeri ini semalam, Kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan menangguhkan semua aktiviti sukan buat sementara waktu dalam keadaan jerebu yang bertambah buruk.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, memandangkan keadaan jerebu yang semakin buruk, semua aktiviti sukan yang berkaitan kerajaan negeri telah diarahkan untuk tangguh sehingga diberitahu kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: Johan Setia kekal IPU lebih 200

Artikel Berkaitan: