Lima bandar di Perancis haramkan racun perosak sintetik

Aktivis alam sekitar mengadakan protes di Paris sebagai membantah penggunaan racun sintetik yang semakin berleluasa di Perancis.
A
A

PARIS - Paris dan empat bandar raya di Perancis hari ini mengharamkan penggunaan racun perosak sintetik dalam sempadan mereka selepas pergerakan anti-bahan kimia yang bermula di kawasan pedalaman semakin meraih momentum.

Lille, Nantes, Grenoble dan bandar Clermont-Ferrand menyertai Paris melaksanakan larangan itu dengan alasan untuk menjaga biodiversiti dan kesihatan awam.

Langkah itu sebagai simbolik di kawasan bandar kerana undang-undang mengharamkan penggunaan racun perosak sintetik di taman dan ruang hijau lain oleh pihak berkuasa awam.

Sejak Januari, individu yang berkebun di kawasan rumah di seluruh negara juga diarah menghentikan penggunaan racun perosak sintetik dan hanya racun menggunakan bahan-bahan semula jadi dibenarkan. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia