Dalam Bersatu, menteri pun kena belasah

Dr Mahathir ketika ucapan penggulungan sempena hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Mahathir ketika ucapan penggulungan sempena hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Bersatu merupakan sebuah parti yang mengamalkan sikap terbuka dan menerima teguran daripada ahlinya.

Ini katanya, ia dibuktikan dengan sikap pembahas dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang boleh bercakap apa sahaja tanpa disekat sepertimana dalam Umno.

Malah menteri Bersatu katanya, 'dibelasah' oleh perwakilan yang secara terbuka menegur dan memberi saranan kepada mereka.

"13 orang pembahas yang bercakap tanpa had mereka bebas, sehingga ada seorang jurucakap bebas 'membelasah' bukan sahaja menteri dan ahli majlis tertinggi, itulah kebebasan. Kita tiada arahan bahawa tajuk ini tak boleh disebut macam satu parti lagi itu," katanya dalam ucapan penggulungan sempena hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya, dalam persidanganlah teguran perlu dibuat dan disarankan.

"Kita bersidang nak cakap apa guna persidangan kalau ada larangan nak bercakap.

"Kita terima teguran, yang dibuat tanpa teguran kita akan seleweng macam kita tak dapat lihat cerminlah kita cantik atau hodoh cerminlah memberi gambaran hidup kita, " katanya.

Justeru beliau meminta agar ahli dan pemimpin Bersatu menerima teguran yang diberikan dalam persidangan kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita amat hargai teguran, teguran keras kita pun kita terima, ini akan jadi budaya dalam Bersatu budaya kita menerima kritikan mana-mana pihak bukan sahaja wakil pada persidangan kali ini malah dikawasan luar terima teguran," katanya.