Jemaah perlu bayar RM350 untuk visa umrah

SHAH ALAM - Jemaah yang mendaftar bagi mengerjakan umrah musim 1441 Hijrah dikenakan bayaran sebanyak RM350 untuk yuran visa selepas diperkenalkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam.
Presiden Persatuan Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, yuran visa Kerajaan Saudi itu bukan hanya untuk jemaah Malaysia sebaliknya melibatkan jemaah seluruh dunia.
Menurutnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia adalah negara kelapan teramai mengerjakan umrah membabitkan 274,066 jemaah.
"Sehubungan itu, PAPUH yang mempunyai 500 syarikat pelancongan Bumiputera yang menceburi sektor umrah dan haji mahu memperjelaskan kepada jemaah mengenai perkara ini bagi mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham.