Polis belum terima laporan vape dadah

Cecair vape yang dikatakan mengandungi dadah dan menyebabkan air kencing pengguna positif ujian saringan.
Cecair vape yang dikatakan mengandungi dadah dan menyebabkan air kencing pengguna positif ujian saringan.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis belum menerima sebarang laporan berhubung cecair vape yang didakwa mengandungi dadah seperti yang tular di laman sosial sejak semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya sedia maklum berhubung isu di media sosial yang dikatakan seorang pengguna rokok elektronik positif morfin selepas saringan ujian air kencing.

“Sehingga kini belum ada laporan pengguna perisa tertentu positif morfin.

“Belum ada sebarang laporan walaupun diakui ada percubaan untuk membawa masuk pelbagai perisa cecair vape mengandungi dadah ke negara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Mohd Khalil berkata, ujian kimia perlu dilakukan bagi mengesahkan cecair vape yang dikatakan mengandungi dadah sehingga mengakibatkan pengguna positif morfin.

“Pada masa sama kita bekerjasama dengan kastam serta pihak kesihatan bagi menghalang percubaan membawa masuk pelbagai perisa cecair vape mengandungi dadah,” katanya.

Semalam tular di aplikasi WhatsApp mengenai satu perisa cecair vape yang mengakibatkan penggunanya positif morfin selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Artikel Berkaitan: