17 PATI bekerja di kilang cuci pakaian ditahan

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan pagi tadi.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang menahan 12 wanita dan lima lelaki warga asing dalam serbuan di sebuah kilang membasuh pakaian di Jalan Perak di sini pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan bermula jam 10 pagi itu, seramai 23 orang pekerja kilang berkenaan diperiksa dan mendapati 17 daripadanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Pengarahnya, Muhamad Husni Mahmud berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai lambakan warga asing yang bekerja di kilang terbabit.

No Image Caption

"Ketika serbuan dilakukan, ada antara mereka yang cuba melarikan diri namun usaha mereka ternyata sia-sia apabila pasukan serbuan terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh, 11 perempuan Indonesia dan seorang perempuan warga Myanmar," katanya ketika dihubungi di sini.

Muhamad Husni berkata, kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 40 tahun dibawa ke ibu pejabat Imigresen di Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan Imigresen di Juru.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Muhamad Husni berkata, pihaknya akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran warga asing selain bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang negara kita.