Lelaki nyaris terhumban ke dalam sungai

Keadaan sebuah lori yang terbabas di Jambatan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar pagi tadi.
Keadaan sebuah lori yang terbabas di Jambatan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar pagi tadi.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang lelaki nyaris terhumban dalam sungai selepas lori muatan kayu terbabas sebelum melanggar pengadang besi Jambatan Sultan Iskandar Shah di Kilometer 44 Jalan Ipoh-Taiping pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, ikatan kayu yang dibawa terputus menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, lelaki berusia 38 tahun itu bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Nahas tidak melibatkan sebarang kecederaan, kerosakan kenderaan pula pada bahagian lori sebelah kiri yang pecah," katanya.

Kawalan lalu lintas dibuat selepas lori yang terbabas menyebabkan laluan terhalang.
Kawalan lalu lintas dibuat selepas lori yang terbabas menyebabkan laluan terhalang.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan laluan Ipoh menghala Kuala Kangsar terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 iaitu memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan: