Rujuk status IPG dengan kementerian, kata Maszlee

Maszlee selepas menandatangani plak kenangan di SMK Rahmat Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.
Maszlee selepas menandatangani plak kenangan di SMK Rahmat Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.
A
A
A
ALOR GAJAH - Isu cadangan penutupan Institusi Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara bermula tahun depan tidak berhubung kait dengan kerajaan sekarang dan ia polisi kerajaan terdahulu, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, sewajarnya sebarang kenyataan berkaitan status IPG dirujuk serta mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian terlebih dahulu sebelum sebarang maklumat disebarkan.

"Laporan itu tidak benar dan merupakan keputusan kerajaan lama dan bukan kerajaan sekarang, kita minta supaya pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut seharusnya merujuk kepada kita dulu sebelum mengeluarkan kenyataan tidak benar.

"Mana-mana berita berkaitan polisi lama rujuk kementerian sebelum disiarkan supaya mendapat maklumat lebih tepat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat di Kuala Sungai Baru di sini, hari ini.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam ketika ditanya mengenai kenaikan yuran Universiti Malaya (UM) beliau turut menafikan kenyataan tersebut.
Artikel Berkaitan:


"Saya merayu sebelum mengeluarkan berita sensasi seperti itu perlu melalui pihak kementerian kerana kita takut tanpa melalui pihak kita, akan mengeluarkan berita palsu atau berita kurang tepat dan ini berbahaya kerana akan membentuk pelbagai persepsi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan 21 daripada 27 IPG di seluruh negara dicadangkan ditutup secara berperingkat mulai tahun depan.