Pelajar sekolah Hong Kong sokong protes

Pelajar sekolah di Hong Kong membentuk rantaian manusia sambil melaungkan slogan protes pro-demokrasi. - Foto AFP
Pelajar sekolah di Hong Kong membentuk rantaian manusia sambil melaungkan slogan protes pro-demokrasi. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Ratusan pelajar sekolah lengkap berpakaian seragam dan memakai topeng muka membentuk rantaian manusia di beberapa daerah seluruh Hong Kong semalam sebagai tanda sokongan terhadap protes pro-demokrasi.

Barisan pelajar sekolah dan alumni berpegangan tangan sambil melaungkan slogan gerakan penunjuk perasaan.

"Rantaian manusia itu merupakan petanda bahawa protes meresap ke dalam masyarakat termasuk kanak-kanak sekolah," kata Alan Leong, seorang alumni Kolej Wah Yan di daerah Kowloon.

Pelajar sekolah di Hong Kong membentuk rantaian manusia sambil melaungkan slogan protes pro-demokrasi. - Foto AFP
Pelajar sekolah di Hong Kong membentuk rantaian manusia sambil melaungkan slogan protes pro-demokrasi. - Foto AFP

Protes yang berlarutan selama lebih tiga bulan bermula sebagai bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi yang kini dibatalkan sepenuhnya bertukar menjadi protes antikerajaan dan tuntutan demokrasi.

Polis dilaporkan menahan 157 orang dalam tempoh tiga hari lalu menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang ditahan kini melebihi 1,300 orang. - Reuters

Artikel Berkaitan: