Geng basikal lajak ditahan

Kesemua kanak-kanak dan remaja yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Kesemua kanak-kanak dan remaja yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
A
A
A

KAJANG - Sekumpulan 13 kanak-kanak dan remaja ditahan kerana menunggang basikal lajak dengan aksi berbahaya di Saujana Impian di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua berusia antara 9 hingga 13 tahun itu didapati menunggang basikal lajak secara berbahaya dengan pelbagai aksi di Jalan Impian Makmur menuruni bukit sehingga Sekolah Saujana Impian.

"Mereka ditahan bersama-sama basikal selepas disyaki menunggang dengan aksi merbahaya. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati rata-rata basikal yang dinaiki tidak mempunyai spesifikasi sebuah basikal yang selamat untuk ditunggangi malah diubahsuai.

"Kesemua penunggang bersama basikal masing-masing kemudiannya ditahan dan dibawa ke Cawangan Trafik IPD Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Kesemua ibubapa telah bersetuju untuk tidak mengambil semula basikal yang telah ditahan dan menyerahkan kepada trafik untuk tindakan lanjut.
Kesemua ibubapa telah bersetuju untuk tidak mengambil semula basikal yang telah ditahan dan menyerahkan kepada trafik untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala penunggang basikal pula disaman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 dibawah Kaedah-kaedah Lalulintas 1959.

"Anggota penguat kuasa trafik memanggil kesemua ibu bapa dan memberi penerangan tentang bahaya basikal lajak serta juga kesan kepada penunggang sekiranya berlaku kemalangan," katanya.

"Kesemua ibu bapa telah bersetuju untuk tidak mengambil semula basikal yang ditahan dan menyerahkan kepada trafik untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dalam operasi yang pertama kali dilaksanakan pada tahun ini tiada kemalangan dan kecederaan yang berlaku kepada penunggang-penunggang basikal yang ditahan.