X

Kindly register in order to view this article
!

Universiti Bangladesh gantung pelajar Rohingya

Rahima Akter Khushi. - Foto AP
A
A

DHAKA - Sebuah universiti di Bangladesh dilaporkan menggantung seorang pelajarnya hanya kerana berketurunan etnik Rohingya.

Universiti Antarabangsa Cox's Bazar memaklumkan pihaknya menggantung seorang pelajar bernama Rahima Akter Khushi dan akan menyiasat kesnya selepas media Bangladesh mendakwanya menyembunyikan identiti sebenar untuk mendaftar.

"Rohingya tidak dibenarkan di universiti kami kerana mereka adalah pelarian," kata ketua institusi terbabit, Abul Kashem sambil menambah warga asing boleh mengikuti pengajian namun harus mematuhi prosedur tertentu.

Difahamkan pendidikan rasmi di Bangladesh adalah dilarang buat golongan pelarian.

Menurutnya, pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan dokumen yang menyatakan dia menamatkan pengajian sekolah tinggi di bandar Chittagong.

Bercakap kepada AFP, Kushi berkata, keputusan universiti swasta itu 'menghancurkan mentalnya'.

"Gadis lain mungkin akan membunuh diri tapi saya mencuba sebaik mungkin berhadapan dengan situasi ini.

Kushi yang mengambil jurusan undang-undang berkata, ibu bapanya tiba di Bangladesh dari Rakhine pada tahun 1990-an dan dia dilahirkan dan dibesarkan di Cox's Bazar.

"Saya mahu pergi lebih jauh namun saya tidak tahu bagaimana mahu melakukannya," kata Khushi kepada AFP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!