Ruang simpanan PWTC terbakar

PWTC dipenuhi asap, ruang simpanan tingkat 1 terbakar sebentar tadi.
PWTC dipenuhi asap, ruang simpanan tingkat 1 terbakar sebentar tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi kepulan asap tebal sebentar tadi selepas ruangan simpanan di tingkat satu terbakar.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.26 petang dan menghantar 30 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dibantu BBP Titiwangsa serta Hang Tuah.

Menurutnya, kebakaran melibatkan barangan yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat satu berkeluasan 100 kaki persegi.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di ruang simpanan barang di tingkat satu PWTC hari ini.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di ruang simpanan barang di tingkat satu PWTC hari ini.

"Api berjaya dikawal jam 1.52 petang dan dipadamkan lima minit kemudian melibatkan 10 peratus kawasan terjejas.

"Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Artikel Berkaitan: