Maut langgar belakang pacuan empat roda

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar pacuan empat roda yang berhenti di KM 283.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Simpang Pulai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Shukri Mohamad Nazri, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang menunggang Yamaha LC 135 melanggar belakang Mitsubishi Triton yang berhenti di lorong kecemasan.

“Pacuan empat roda yang dipandu pesara berusia 60 tahun itu berhenti di lorong berkenaan untuk makan ubat.

“Mangsa datang dari arah belakang telah melanggar kenderaan itu menyebabkannya mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: