Hajat Idris jumpa Zakir Naik tercapai

Idris (dua dari kiri) bertemu dengan Zakir (dua dari kanan) di sebuah hotel di Ayer Keroh malam tadi.
Idris (dua dari kiri) bertemu dengan Zakir (dua dari kanan) di sebuah hotel di Ayer Keroh malam tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Hasrat bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk bertemu dengan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik tercapai malam tadi biarpun berubah lokasi pertemuan.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang sebelum ini merancang untuk menjemput Zakir di kediamannya di Klebang Kecil, namun tidak dibenarkan polis dan akhirnya pertemuan dilakukan di sebuah hotel di Ayer Keroh.

Idris berkata, pertemuan itu dirancang menerusi panggilan telefon beliau dengan rakannya itu pada Jumaat lalu dan Zakir menyatakan kesudian untuk bertemu sejurus selepas Program Malam Islam Bersatu di Krubong.

"Tapi petang (semalam) sebelum Zakir menghadiri program di Masjid Cina Krubong, polis menghubungi saya dan memaklumkan tidak membenarkan Zakir ke rumah atas faktor keselamatan.

"Dr Zakir menerusi pegawai khasnya, Mokhtasam dan seorang Ahli Parlimen dari Pakistan, Shardad Muhsin datang ke rumah saya lalu menjemput saya bertemu Dr Zakir di hotel," katanya.

Menurutnya, pertemuan selama sejam itu turut disertai Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; ADUN Rim, Datuk Ghazale Muhamad; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman.

Artikel Berkaitan: