Rakyat Malaysia perlu contohi semangat orang Jepun bekerja: PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kyoto hari ini. Foto: Bernama
A
A

KYOTO - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat Malaysia melihat kepada semangat bekerja orang Jepun yang sanggup melakukan semua pekerjaan dan tidak menggunakan tenaga kerja asing yang ramai sekaligus mengurangkan pengaliran keluar wang yang dihantar pulang pekerja asing.

“Di Jepun mereka sendiri sapu jalan dan mereka jaga kebersihan negara mereka. Mereka tidak kerahkan tenaga kerja asing dan sebab itu mereka maju dan kaya,” katanya yang menamatkan lawatan kerja tiga hari ke Kyoto hari ini.

Mengenai penulisan di blog beliau mengenai orang Melayu malas bekerja, Dr Mahathir berkata penulisan berkenaan ditujukan kepada golongan yang malas.

“Yang sanggup bekerja ada, saya tidak kata kepada orang yang sanggup (bekerja keras),” katanya. -Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia