22 rumah rosak dipukul ribut

Razali (tengah) melawat kediaman mangsa yang terlibat dengan ribut.
Razali (tengah) melawat kediaman mangsa yang terlibat dengan ribut.
A
A
A

TANAH MERAH - Sebanyak 22 rumah rosak dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh petang Selasa lalu.

Penyelia DUNnya, Razali Yusoff berkata laporan mengenai kerugian dialami mangsa sudah dihantar kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Razali berkata, pihaknya telah datang meninjau keadaan rumah mangsa yang rosak

"Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa terpaksa menghadapi situasi mencabar," katanya di sini hari ini.

Beliau berharap, pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera bagi membantu penduduk yang terjejas akibat bencana itu.

Razali berkaya, lawatan turut membabitkan beberapa kampung lain termasuk Kampung Batu Garam, Gual Raja dan Gual Berangan.

Turut serta dalam lawatan itu, Setiausaha Majlis Tindakan Daerah (MTD) Gual Ipoh, Mohd Kassim Mohd Noor dan anggota Skuad Kito Cakno DUN berkenaan.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua kubah masjid di kampung berkenaan turut diterbangkan ribut namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Artikel Berkaitan: