Program kemahiran bantu ibu tunggal

Peserta dalam kelas membuat pastri.
Peserta dalam kelas membuat pastri.
A
A
A

HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JPWKL) melancarkan Program Wanita Gemilang HDS 2018.

Program tersebut merupakan sebuah program bantuan khusus untuk ibu tunggal yang tidak berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling berkata, program ini adalah untuk membantu para ibu tunggal membina kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan kemahiran untuk membantu mereka menjadi usahawan dan menjana pendapatan sendiri.

"HDS menyediakan Kursus Kemahiran Amali selama sebulan untuk sepuluh orang ibu tunggal di bawah naungan JPWKL dalam dua bidang iaitu pembuatan pastri dan pemasaran digital.

Peserta ketika kelas online.
Peserta ketika kelas online.

"Setelah kursus tamat, pihak HDS telah membuat pemantauan secara berterusan sepanjang tempoh enam bulan dan turut memberi sokongan kepada para peserta melalui aplikasi 'WhatsApp' bagi memudahkan para peserta berhubung dengan tenaga pengajar selepas kelas untuk sebarang pertanyaan," katanya.

Katanya, pemantauan HDS mendapati keseluruhan peserta menunjukkan peningkatan dalam pendapatan berbanding bulan sebelumnya pada bulan pertama.

"Berdasarkan rekod kemajuan bulanan seterusnya, lebih separuh daripada jumlah keseluruhan peserta telah berjaya mengekalkan kenaikan dalam pendapatan mereka sehingga ke akhir tahun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Program yang diwujudkan selaras dengan Tahun Memperkasa Wanita 2018 ini merupakan sebuah inisiatif sulung syarikat HDS yang memfokuskan bantuannya kepada ibu tunggal di bawah payung “HDS Prihatin”, iaitu sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat HDS.