Teluk Intan janjikan saingan sengit

Perseteruan antara Honda dan Yamaha semakin sengit menjelang Pusingan 6 Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Teluk Intan, Perak hujung minggu ini.
Perseteruan antara Honda dan Yamaha semakin sengit menjelang Pusingan 6 Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Teluk Intan, Perak hujung minggu ini.
A
A
A

PERSAINGAN dalam kalangan pelumba semakin rancak dan mencabar menjelang Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Teluk Intan, Perak hujung minggu ini.

Pada Pusingan 5 di Litar Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu dua minggu lalu menyaksikan kemampuan dua jentera utama dalam gelanggang Cub Prix nampak seimbang dan tiada lagi penguasaan seperti yang berlaku di Pontian, Johor sebelum ini.

Malah, pelumba yang menunggang jentera Honda kembali mempamerkan keyakinan seperti yang dibuktikan penunggang Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar apabila menjuarai kelas CP150.

Kejayaan tersebut ternyata melegakan Azroy selepas kehilangan mata pada Pusingan 4 di Pontian bulan lalu gara-gara gagal menamatkan perlumbaan.

Ia merupakan kemenangan ketiga buat pelumba kelahiran Kajang, Selangor itu musim ini selepas tampil garang pada Pusingan 1 dan 2 sebelum ini.

Bagi kelas CP115 pula, jentera Yamaha masih membuktikan keunggulannya apabila dua pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing melakukan penamat 1-2 dengan Md Adib Rosley muncul juara manakala Md Fareez Afeez Abd Rahman berada di tempat kedua.

Adib yang tampil cemerlang di Kuala Terengganu mengakui dia tidak meletakkan sebarang sasaran pada perlumbaan di Teluk Intan nanti.

“Saya sebenarnya kurang berminat litar di Teluk Intan, namun saya akan cuba untuk menampilkan tunggangan yang terbaik. Kalau saya mampu menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima terbaik, ia sudah dianggap baik,” katanya.

Artikel Berkaitan: