Adik PM Britain letak jawatan

Jo Johnson
Jo Johnson
A
A
A

LONDON - Jo Johnson, adik kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pengunduran beliau daripada dunia politik.

"Sejak beberapa minggu lalu, saya tersepit antara kesetiaan terhadap keluarga dan kepentingan negara.

"Ia adalah konflik yang tidak dapat diselesaikan dan sudah tiba masanya orang lain mengambil peranan saya sebagai ahli Parlimen dan Menteri Perniagaan #overandout," katanya menerusi Twitter.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana dapat berkhidmat selama sembilan tahun dan menjadi menteri di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri. - Agensi

Artikel Berkaitan: