Tangki air pecah timpa makmal sekolah

Kejadian tangki air sekolah pecah pagi tadi ditularkan di laman sosial.
Kejadian tangki air sekolah pecah pagi tadi ditularkan di laman sosial.
A
A
A

KOTA BHARU - Tangki air sebuah sekolah di Dewan Beta di sini, tiba-tiba pecah dan menimpa sebuah makmal kira-kira jam 7.15 pagi semalam.

Kejadian itu dikongsikan orang ramai menerusi laman sosial.

Dalam perkongsian itu dipaparkan sekumpulan pelajar tingkatan lima berada berhampiran di kawasan kejadian.

Tangki air yang pecah itu menimpa sebuah bilik makmal dan merosakkan pintu serta perkakasan di dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Kelantan, Abu Hanipah@ Fauzi Zahari turut mengesahkan kejadian tersebut namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Alhamdulillah tiada sebarang kemalangan melibatkan pelajar dan kita akan siasat perkara ini dan ambil tindakan sewajarnya," katanya ringkas.

Artikel Berkaitan: