Dalang kempen anti-Islam dihukum penjara

Lukisan ilustrasi menunjukkan David Parnham (kanan) ketika muncul di Mahkamah Old Bailey kelmarin.
Lukisan ilustrasi menunjukkan David Parnham (kanan) ketika muncul di Mahkamah Old Bailey kelmarin.
A
A
A

LONDON - Seorang lelaki di sebalik kempen kebencian menyasarkan umat Islam di United Kingdom (UK) telah dijatuhkan hukuman 12 tahun enam bulan penjara oleh Mahkamah Old Bailey di London kelmarin.

Pelampau kulit putih, David Parnham yang menggelar dirinya sebagai 'penyembelih Muslim' mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan termasuk membuat ancaman bom palsu serta mengirim ratusan pucuk surat 'Punish A Muslim Day' ke seluruh negara sehingga menimbulkan paranoia dalam komuniti umat Islam.

Parnham, 35, turut mengirim surat berkenaan kepada Ratu Elizabeth II dan beberapa ahli politik termasuk David Cameron dan Theresa May antara Jun 2016 hingga Jun 2018.

Lelaki terbabit akhirnya ditangkap pada 12 Jun tahun lalu.

Antara isi kandungan surat tersebut adalah mengenai ganjaran ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.

Tahun lalu, kempen 'Punish A Muslim Day' meningkatkan sentimen Islamofobia di UK. - Agensi

Artikel Berkaitan: