Pendekatan rahmah kaedah terbaik berdakwah

Dr Zakir ketika mengadakan kunjungan muhibah ke ibu pejabat Yadim hari ini.
Dr Zakir ketika mengadakan kunjungan muhibah ke ibu pejabat Yadim hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik bersependapat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bahawa kaedah terbaik untuk berdakwah pada ketika ini ialah menerusi pendekatan rahmah dengan saling menyantuni selain mencari titik persamaan serta mengelak permusuhan atau perpecahan.

Yadim dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dipersetujui bersama ketika Dr Zakir membuat kunjungan muhibah ke ibu pejabatnya hari ini.

“Dalam kunjungan selama sejam bermula jam 8.30 pagi itu, Yadim yang diwakili Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz bertukar pandangan dengan beliau (Dr Zakir) mengenai pelbagai perkara terutamanya isu semasa dan bidang dakwah.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa dalam berdakwah, hak-hak orang bukan Islam mesti ditunaikan manakala hak orang Islam hendaklah dipertahankan,” katanya.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Mohamad Raimi Ab Rahim dan Pengerusi Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Yusuf.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsep rahmatan lil alamin bercirikan Malaysia: Mujahid

Artikel Berkaitan: