Stadium Sultan Ibrahim Larkin mampu jana ekonomi JDT

Tunku Ismail (tengah) ketika membuat pemotongan riben sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Kelab Bolasepak JDT di sini hari ini.
Tunku Ismail (tengah) ketika membuat pemotongan riben sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Kelab Bolasepak JDT di sini hari ini.
A
A
A

PEMBUKAAN Stadium Ibrahim Larkin di sini diyakini mampu menjadi pemacu ekonomi dan sumber pendapatan berterusan buat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pengarah Sukan JDT, Allistair Edwards berkata, perkara itu merujuk kepada ciri-ciri khas fasilitet berkenaan yang boleh mendatangkan pendapatan kepada kelab sekali gus memudahkan urusan perbelanjaan kelab bagi tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata, kelainan seperti bilik kenamaan khas, restoran, kawasan legar keluarga dan ruangan iklan juga diakui mengapa fasilitet berkenaan boleh dianggap setaraf kelab dunia.

Allistair
Allistair

"Pembinaan projek ini berjalan mengikut jadual, saya yakin Stadium Sultan Ibrahim yang boleh memuatkan 40,000 kapasiti pengunjung ini boleh membawa jenama JDT ke peringkat lebih tinggi.

"Kami juga yakin dengan pelaburan yang dibuat ini, ia mampu membawa pendapatan besar buat kelab," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Ibu Pejabat Kelab JDT di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab telah berkenan menyempurnakan majlis perasmian berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai perasmian bangunan terbabit, Allistair berkata, kejayaan itu adalah salah satu penanda aras yang mahu ditonjolkan JDT sepanjang enam tahun selepas penjenamaan semula pasukan itu.

Artikel Berkaitan:

"Pembangunan pelbagai kemudahan ini menunjukkan JDT sentiasa serius untuk terus mencapai kejayaan tidak kira untuk saingan dalam dan luar negara," katanya.

Untuk rekod, bangunan setinggi empat tingkat itu dibina atas tanah berkeluasan 2,200 meter persegi yang terletak bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Fasiliti itu juga akan menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta pejabat Southern Tigers Sdn Bhd.