Cermin belakang van MPS kena pecah

Bahagian kanan cermin belang van penguatkuasa MPS pecah pagi tadi di PKNS Batu 16 di sini.
Bahagian kanan cermin belang van penguatkuasa MPS pecah pagi tadi di PKNS Batu 16 di sini.
A
A
A

RAWANG - Cermin belakang van penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dipecahkan pihak tidak dikenal pasti pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi selepas van dinaiki enam anggota diparkir di PKNS Batu 16.

"Anggota ketika itu berhenti di kawasan itu untuk sarapan pagi sebelum memulakan rondaan. Sebaik tiba di van, didapati sudah ada kesan pecah di cermin belakang bahagian kanan.

Bahagian kanan cermin belang van penguatkuasa MPS pecah pagi tadi di PKNS Batu 16 di sini.
Bahagian kanan cermin belang van penguatkuasa MPS pecah pagi tadi di PKNS Batu 16 di sini.

"Ia seperti kesan hentakan, namun tiada barang bukti ditemukan. Tiada juga kesan kerosakan atau barangan yang hilang," katanya.

Katanya, pihaknya telah membuat laporan polis susulan kemungkinan insiden itu ada kaitan dengan unsur khianat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Artikel Berkaitan: