Yayasan Selangor tawar pinjaman peringkat diploma, ijazah

Yayasan Selangor
Yayasan Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Selangor menawarkan pinjaman pelajaran peringkat diploma dan ijazah kepada pemohon yang bakal melanjutkan pengajian secara sepenuh masa.

Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Zahura Zakry berkata, tawaran itu diberikan kepada pemohon yang belum menerima sebarang penajaan.

"Permohonan boleh dibuat sehingga 13 September ini dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir di Selangor.

"Antara syaratnya adalah ibu atau bapa pemohon mestilah lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974, atau bermastautin lebih 10 tahun di Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, penghulu, pengerusi JKKK atau ketua kampung," katanya dalam satu kenyataan.

Zahura berkata, jika pemohon pernah menerima pinjaman pelajaran, mereka perlu mengemukakan surat selesai bayaran pinjaman bersama borang permohonan.

“Pelajar yang mendapat penajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak layak memohon,” katanya.

Artikel Berkaitan: