X

Kindly register in order to view this article
!

Kebocoran gas ammonia: Tiga sekolah diarah tutup

Keadaan luar kilang pemprosesan ayam itu setelah berlaku insiden kebocoran gas ammonia.
A
A

JASIN - Tiga buah sekolah diarah tutup esok susulan insiden kebocoran gas ammonia dari sebuah kilang pemprosesan ayam di Merlimau, yang terletak berhampiran sekolah-sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, tiga sekolah tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, SK Serkam Darat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Serkam.

“Seramai 20 calon UPSR dari SK Paya Redan ditumpangkan ke Pusat Peperiksaan di SK Paya Dalam. Kita juga membuka satu pusat peperiksaan baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota bagi menempatkan 79 calon dari SK Serkam Darat dan enam calon SJKT Ladang Serkam,” katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.

Katanya perubahan lokasi pusat peperiksaan itu setakat ini kekal sehingga tarikh akhir peperiksaan UPSR iaitu pada 12 September ini.

Abu Bakar berkata, semua pelajar tahun satu hingga lima di ketiga-tiga buah sekolah itu juga diarah bercuti, bagi mengelak terjejas dengan sebarang pencemaran.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pelajar sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah seperti biasa sehingga dimaklumkan.

“Ini kerana tiga buah sekolah ini terletak dalam radius tiga kilometer dari lokasi kilang pemprosesan ayam berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membuat makluman, sekiranya terdapat perubahan dari semasa ke semasa. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 26 pekerja kilang sesak nafas, gas ammonia bocor

ARTIKEL BERKAITAN: Gas amonia bocor: 120 murid SK Paya Redan diarah pulang


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus