Remaja 14 tahun mengaku tembak mati lima anggota keluarga

No Image Caption
A
A
A

ALABAMA - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Amerika Syarikat (AS) menembak mati lima anggota keluarganya lalu menghubungi polis dan mengaku melakukan jenayah tersebut.

Tiga daripada mangsa ditemukan maut di lokasi kejadian, sebuah rumah di Elkmont, Alabama sementara dua lagi meninggal dunia selepas diterbangkan ke hospital berhampiran.

"Pemanggil berusia 14 tahun itu disiasat dan mengaku menembak lima anggota keluarganya.

"Dia kini membantu pihak penyiasat mengesan senjata yang digunakan, sepucuk pistol 9 milimeter yang di buang berhampiran kawasan kejadian," kata Pejabat Sherif Daerah Limestone dalam satu ciapan di Twitter.

Remaja berkenaan telah ditahan namun setakat ini tiada sebarang maklumat lanjut berhubung motif insiden tembakan yang berlaku lewat semalam.

Menurut statistik yang disusun sebuah kumpulan sokongan, Giffords Law Center, keganasan melibatkan senjata api semakin ketara di AS dengan lebih 36,000 kematian setahun, satu pertiga daripadanya merupakan kes pembunuhan. - AFP

Artikel Berkaitan: