Pope Francis terperangkap dalam lif selama 25 minit

Pope Francis
Pope Francis
A
A
A

VATICAN CITY - Pope Francis tiba lewat untuk berucap di Dataran St Peter hari ini, gara-gara terperangkap dalam lif di Vatican selama 25 minit hingga terpaksa diselamatkan pasukan bomba.

"Saya minta maaf kerana lambat," kata pemimpin Gereja Katolik berusia 82 tahun itu sambil tersenyum di hadapan para hadirin yang sabar menunggu ketibaannya.

Beliau kemudiannya menjelaskan tentang sebab kelewatan itu yang dikatakan berpunca daripada masalah bekalan kuasa elektrik di Vatican.

"Ayuh berikan tepukan gemuruh kepada perkhidmatan bomba," ujarnya sambil disambut sorakan orang ramai.

Terdahulu, rangkaian televisyen Itali yang menyiarkan secara langsung acara itu turut menyuarakan kebimbangan tentang kelewatan itu yang dikhuatiri disebabkan oleh masalah kesihatan Pope Francis.

Difahamkan, beliau kehilangan sebahagian daripada paru-parunya ketika muda, namun keadaan kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik. - Agensi

Artikel Berkaitan: