Imam masjid dinobat Tokoh Maal Hijrah Kedah

Abdullah berkongsi detik kegembiraan menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada ahli keluarga dalam Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Kedah hari ini.
Abdullah berkongsi detik kegembiraan menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada ahli keluarga dalam Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Kedah hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Imam Masjid Pokok Asam di Bakar Arang, Sungai Petani, Abdullah Yahya dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kedah dalam Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Kedah hari ini.

Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Abdullah, 75, dalam majlis berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini.

Manakala, Anugerah Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar menjadi milik Masjid Al-Ehsan di Langkawi Anugerah Masjid Terbaik Kategori Bandar pula Masjid Jame’ As Shahab, Kepala Batas.

Melalui penganugerahan itu, Abdullah yang mampu bertutur dalam empat bahasa termasuk Arab, Mandarin dan Urdu menerima hadiah RM10,000, pakej umrah bernilai RM15,000, hadiah iringan dan sijil.

Mengulas penghargaan diterimanya, Abdullah bersyukur atas anugerah tersebut sambil memberitahu masih menyambung pengajian bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

Abdullah memegang sijil dan replika cek selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Kedah hari ini.
Abdullah memegang sijil dan replika cek selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Kedah hari ini.

"Pak cik berharap dapat menghabiskan pengajian dalam bidang Bahasa Arab dan Al-Quran di Universiti Malaya melalui pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (UniSHAMS).

'Walaupun, pak cik merupakan pelajar paling tua dalam kelas, namun ia bukan halangan kerana menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan keseimbangan ilmu di dunia dan akhirat," katanya yang mempunyai lima cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Allahyarhamah Ramlah Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau turut mengamalkan beberapa surah seperti al-Waqiah setiap hari dan berharap dikurniakan kesihatan baik demi membolehkan dirinya meneruskan usaha dakwah kepada orang ramai.

Selain itu, Abdullah pernah menerima beberapa anugerah seperti Guru Takmir Cemerlang Peringkat Kedah, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1999, Pingat Bakti Setia (PBS) Jabatan Penjara dan Tokoh Maulidur Rasul Kedah 2015.

Abdullah juga merupakan ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Daerah Kuala Muda, Ahli Jawatankuasa Anti Dadah Kuala Muda, dan Ahli Lembaga Tabung Pegawai Masjid Negeri Kedah Darul Aman.

Beliau menabur bakti sebagai penjawat awam selama 31 tahun dengan berkhidmat di beberapa agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekolah Akhlak Taiping, Sekolah Akhlak Pokok Sena, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kulim dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda sebelum bersara pada 1999.