30,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Melaka

Anggota Tentera Darat Malaysia turut memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, di sini hari ini.
Anggota Tentera Darat Malaysia turut memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Lebih 30,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, di sini hari ini.

Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku:Malaysiaku Bersih', pengunjung kebanyakannya hadir bersama Jalur Gemilang termasuk pengunjung wanita mengenakan pakaian dan tudung bercorak bendera rasmi negara.

Menariknya, perbarisan dianggotai Tentera Darat Malaysia mendapat sorakan dan tepukan orang ramai setiap kali melalui khemah tetamu kehormat yang diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari serta barisan Exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Adly berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum yang membanjiri kawasan itu membuktikan semangat perpaduan terus kukuh termasuk kedatangan wakil rakyat pembangkang yang sanggup mengenepikan ideologi politik masing-masing bagi bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini.

"Kalau kita lihat, ramai yang datang dan gambaran ini bahawa rakyat mempunyai satu cita-cita yang mahu keharmonian terus dikekalkan.

"Semangat kemerdekaan ini kita mesti terbuka dan mengundang semua pihak datang dan paling penting menghayati semangat kemerdekaan itu," katanya.

Dalam pada itu, seramai 9,054 anggota daripada 117 kontinjen mengambil bahagian pada perarakan dan perbarisan berkenaan.

Artikel Berkaitan: