Merdeka bukan bebas lakukan apa sahaja

Mohd Huzaimy (tengah) bersama tetamu Program Kerohanian Dan Malam Extravaganza Kemerdekaan di Kandis.
Mohd Huzaimy (tengah) bersama tetamu Program Kerohanian Dan Malam Extravaganza Kemerdekaan di Kandis.
A
A
A

BACHOK - Merdeka tidak bermakna rakyat bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan unsur negatif yang mengancam generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin berkata, pengisian kemerdekaan perlu berhemah bagi menjamin kesejahteraan.

Menurutnya, rakyat perlu bersyukur dengan nikmat kemerdekaan dan tidak sesekali mencemarkannya dengan perkara songsang sehingga melanggar batasan agama.

"Sama-samalah kita menjaga keharmonian negara kita ini agar generasi seterusnya turut menikmati keamanan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kerohanian dan Malam Extravaganza Kemerdekaan di Restoran Sri Kandis Tom Yam Kelapa, Kandis di sini semalam.

Program anjuran Pondok Manzilu Rahmah itu dimeriahkan dengan persembahan pentomen Jihad Putera Jeram, dikir barat Kumpulan Manzilu Rahmah dan lagu-lagu patriotik oleh band Mr Sera.

Pada majlis itu juga, Mohd Huzaimy melakukan gimik penyerahan tong sampah kepada Pengurus Pondok Manzilu Rahmah, Abdul Aziz Halim sebagai menyemarakkan Kempen Bachok Bersih.

Artikel Berkaitan: