JBORN juara musim pertama Muzikal Lawak Superstar

No Image Caption
A
A
A

KERJA keras selama sepuluh minggu berturut-turut akhirnya membuahkan hasil apabila kumpulan JBORN dinobatkan sebagai juara musim pertama Muzikal Lawak Superstar.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai Joey, Vicha dan Khir Rahman membawa pulang hadiah berupa wang tunai sejumlah RM150,000 dan sebuah trofi dengan peratusan sebanyak 63.66%.

“Sesungguhnya memang mencabar masuk muzikal ini. Tak sangka bertahan sehingga ke peringkat separuh akhir.

“Alhamdulillah, pengalaman balik rumah lepas program nampak famili saya ulang siaran tengok saya dalam program ini,” kata Khir.

“Ini pertama kali terlibat dengan pelakon Joey dan Khir. Mula-mula takut, sebab Khir pula pelakon senior tetapi ternyata dalam JBORN ini Khir dan Joey banyak ajar saya pengalaman baharu,” luah Vicha bangga dapat berkolaboratif dengan dua nama hebat itu.

“Ini satu rahmat sebab saya memberanikan diri lamar Khir dan berjuang bersama dalam muzikal ini.

“Kami banyak buat eksperimentasi dalam bidang hiburan ini,” kata Joey.

Menariknya, pada malam tadi turut menyaksikan pelakon berbakat besar Joey diangkat sebagai Star atas peningkatan prestasi persembahannya dari minggu pertama sehingga pentas akhir.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, 60.25% naib juara disandang oleh kumpulan UNI (Fakhrul UNIC, Fad Bocey, Atu Zero) sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM75,000 dan sebuah trofi.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada kumpulan NEWBOH (Tomok, Mamak Puteh, Ali Puteh) dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah trofi dengan peratusan 44.86%

Bagi tempat keempat dengan peratusan 42.88% tidak pulang dengan tangan kosong, dimenangi kumpulan Botak (Achey Bocey, Abam Bocey, Black Hanifah) turut membawa hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 dan sebuah trofi.

Terdahulu kesemua finalis telah diadili menerusi talian undian daripada penonton dan juga juri profesional yang terdiri daripada Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet.

Pada malam kemuncak program komedi dengan tema percutian musim dan bebas itu dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas, Ella, De’Fam, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Hafiz Suip, Rachel AF, Kashika Ceria Megastar, Umai Cerai Megastar Ministar.