150 kakitangan MAHB, KLIA sertai #QuranHour

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Kira-kira 150 peserta meluangkan masa bersama-sama mengalunkan surah al-Kahfi sempena program Malaysia Quran Hour di mussola Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Peserta terdiri daripada warga kerja Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta komuniti di sekitar KLIA yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Program yang berlangsung selama satu jam itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Bambang Eirman Bahudin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin dalam kenyataan medianya berkata program itu diharapkan akan terus menjadi inisiatif tahunan MAHB dengan penglibatan agensi-agensi di sekitar KLIA. - Bernama

Artikel Berkaitan: