Penduduk Florida beli bekalan hadapi Taufan Dorian

Rak pasar raya kosong susulan pembelian saat akhir penduduk Florida bagi menghadapi Taufan Dorian yang dijangka membadai hujung minggu ini.- Foto AP
Rak pasar raya kosong susulan pembelian saat akhir penduduk Florida bagi menghadapi Taufan Dorian yang dijangka membadai hujung minggu ini.- Foto AP
A
A
A

MIAMI - Penduduk Florida, Amerika Syarikat (AS) sibuk membeli barang keperluan termasuk makanan dan minuman sebagai persediaan menghadapi Taufan Dorian yang dijangka membadai negeri itu hujung minggu ini.

Pasar raya dipenuhi pelanggan yang membeli barang keperluan di saat akhir selain stesen minyak yang turut menjadi tumpuan penduduk bagi mengisi minyak.

Ramalan cuaca berkata, Taufan Dorian yang kini berada dalam Kategori 1 semakin mengumpul kekuatan dan berkemungkinan meningkat kepada Taufan Kategori 4.

Terdahulu, Gabenor Florida mengumumkan darurat di daerah yang berada dalam laluan taufan tersebut dan memberi amaran kepada penduduk agar bersedia menghadapi taufan dahsyat.

Presiden Donald Trump turut mengingatkan penduduk agar mempersiapkan diri menghadapi Taufan Dorian.

Sementara itu, Pusat Taufan Negara (NHC) di Miami berkata, Taufan Dorian mengumpul kekuatan angin 140 kilometer sejam.

Ia dikesan 355 kilometer di barat laut bandar San Juan, Puerto Rico, dan dijangka membadai Florida Ahad ini.

Taufan Dorian dilaporkan berkemungkinan menjadi taufan Kategori 4 ketika membadai Florida dengan kelajuan angin 210 kilometer sejam dan potensi ribut mengancam nyawa di kawasan pantai. - AFP

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Florida umum darurat, siap sedia hadapi Taufan Dorian