Kerajaan bidas laporan PBB mengenai kadar kemiskinan negara

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan oleh Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kadar kemiskinan di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun kerajaan akan mengambil tindakan berhubung laporan garis kemiskinan di negara ini.

Menurutnya, mesyuarat Kabinet hari ini turut membincangkan perkara berkenaan dan kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya.

“Garis kemiskinan kita bincang tadi dalam Kabinet, kita bincang dan akan ambil tindakan. Kerajaan akan kaji keperluan untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Tapi tidak seperti yang dinyatakan oleh orang yang datang ke sini, sehari, duduk di hotel besar dan buat keputusan,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini hari ini.

Terdahulu, Pelapor Khas PBB, Philip Alston berkata, kadar kemiskinan sebenar di Malaysia adalah jauh lebih tinggi, hampir sama dengan negara lain iaitu pada kadar kira-kira 15 peratus.

Kerajaan perlu mengkaji dan menilai semula kadar kemiskinan di negara ini kerana laporan rasmi bahawa ia hanya pada kadar 0.4 peratus adalah tidak tepat.

Alston yang juga pakar hak asasi manusia, berkata ia adalah hasil penemuannya selepas mengadakan lawatan ke negara ini selama 11 hari bermula 13 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: