Pembikin filem dijel setahun kritik tentera Myanmar

Min Htin Ko Ko Gyi dipenjara selama 12 bulan kerana mengkritik tentera.
Min Htin Ko Ko Gyi dipenjara selama 12 bulan kerana mengkritik tentera.
A
A
A

YANGON - Seorang pembuat filem di Myanmar dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini selepas disabit bersalah mengkritik tentera.

Min Htin Ko Ko Gyi yang merupakan seorang aktivis dan pengasas festival filem hak asasi manusia ditahan pada April lalu selepas memuat naik satu kenyataan membidas Perlembagaan 2008 yang didraf tentera di Facebook.

"Saya sudah menjangkakannya," kata Ko Gyi kepada pemberita.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa pada tarikh dia ditahan.

Perubahan Perlembagaan 2008 mendapat bantahan awam kerana memberi tentera kawalan ke atas Kementerian Keselamatan serta suku Parlimen tidak dipilih.

Ia turut memberi tentera veto berkesan terhadap sebarang perubahan Perlembagaan.

Perlembagaan 2008 juga menghalang sesiapa yang memiliki pasangan asing daripada menjadi Presiden, langkah menyasar pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang mempunyai suami rakyat Britain, Michael Aris. - AFP

Artikel Berkaitan: