Gangguan bekalan air di Kuala Selangor pulih sepenuhnya

 Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad
A
A
A

KUALA SELANGOR - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Selangor pulih sepenuhnya malam tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, beberapa lokasi berada di penghujung sistem agihan mula menerima bekalan jam 10 malam.

Menurutnya, bekalan air di beberapa kawasan di daerah itu mengalami gangguan bermula jam 11.30 pagi semalam susulan paip pecah di Jalan Rawang Bestari Jaya.

"Bekalan kembali pulih dan kawasan di penghujung sistem agihan juga sudah ditangani," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di Kuala Selangor

Semalam Sinar Harian melaporkan, kerja pembaikan paip pecah dilaksanakan segera dan siap sepenuhnya jam 2.30 petang semalam.

Sehingga jam 6.30 petang semalam, status pemulihan bekalan di kebanyakan kawasan pulih 98 peratus.

Artikel Berkaitan: