Gangguan bekalan air di Kuala Selangor

Abdul Raof
Abdul Raof
A
A
A

KUALA SELANGOR - Beberapa kawasan di Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bermula jam 11.30 pagi tadi susulan paip pecah di Jalan Rawang Bestari Jaya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera dan siap sepenuhnya pada jam 2.30 petang tadi.

"Bekalan juga sudah dibuka bagi proses pemulihan berperingkat di kawasan terlibat," katanya.

Menurutnya, status pemulihan terkini, bekalan di kebanyakan kawasan pulih 98 peratus.

"Beberapa lokasi berada di penghujung sistem agihan masih dalam proses pemulihan yang dijangkakan pulih sepenuhnya pada malam ini," katanya.

Senarai kawasan terlibat ialah Kawasan Perindustrian Suria (Hartalega), Ladang Sungai Rambai, Taman Suria, Jaya Setia, Taman Kamasan, Kampung Teluk Penyamun, Kampung Sepakat, Taman Kuala Selangor Utama dan Taman Sirambai.

Selain itu, Kampung Teluk Piah, Taman Laksamana, Taman Telaga 7, Taman Paduka, Taman Bendahara, Assam Jawa Kiri, Kampung Baru Assam jawa, Taman Rhu, Taman Mawar Putih, Taman Serindit, Taman Bentara, Ladang Kamasan, Taman Penggawa, Taman Pahlawan dan Taman Temenggong.

Artikel Berkaitan: