Malaysia #QuranHour disemarak di Jakarta

Mohd Mubarak (paling kiri) bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memegang plakad Malaysia #QuranHour.
Mohd Mubarak (paling kiri) bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memegang plakad Malaysia #QuranHour.
A
A
A

JAKARTA - Malaysia #QuranHour terus mendapat sokongan daripada Education Malaysia (EM) Indonesia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

Setiausaha Pertama (Pendidikan), Mohd Mubarak Shamsuddin berkata, EM Indonesia akan menganjurkan program Malaysia #QuranHour di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Menurutnya, sokongan EM Indonesia terhadap penganjuran Malaysia #QuranHour bertujuan untuk meramaikan umat Islam khususnya rakyat Malaysia supaya sentiasa mentadabbur kitab suci al-Quran.

“Penglibatan Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta pada kali ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti meraikan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 yang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran di atas nikmat merdeka yang diberikan oleh ALLAH SWT.

“Alhamdulillah sambutan setiap tahun daripada warga kedutaan amat menggalakkan. Hampir dua pertiga jumlah pegawai yang hadir bagi setiap kali penganjuran. Maklum balas yang diterima daripada mereka yang hadir amat baik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sambutan terhadap Malaysia #QuranHour setiap tahun daripada warga kedutaan amat menggalakkan.
Sambutan terhadap Malaysia #QuranHour setiap tahun daripada warga kedutaan amat menggalakkan.

Mengulas mengenai persiapan penganjuran program tersebut di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, beliau berkata, pihak EM Indonesia sebagai penyelaras di peringkat Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jemputan ustaz dan memo edaran dilaksanakan oleh Jakim manakala EM Indonesia menyiapkan bahan rujukan termasuk plakad dan persiapan tempat.

Artikel Berkaitan:

“Hebahan kepada penuntut juga dibuat untuk menggalakkan penuntut Malaysia di Indonesia menyertai program ini di lokasi masing-masing,” katanya.

Dalam masa sama, sempena sambutan Hari Kemerdekaan, beliau menitipkan pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya terus bersatu mempertahankan kemakmuran Malaysia yang telah sekian lama dinikmati.

“Sentiasalah bersyukur dan jadikan dunia ini sebagai jambatan untuk memperbaiki amal kita kepada ALLAH SWT,” katanya.

INFO:

-Lokasi Perdana Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini adalah di Masjid Putra, Putrajaya.

-Pengesahan penyertaan dari luar negara sudah diperolehi untuk penganjuran di Australia, Mesir, Sepanyol, Republik Argentina, Indonesia dan Jepun. Rekod penganjuran #QuranHour sehingga Mei 2019 adalah lebih 3000 lokasi penganjuran berdaftar di dalam negara dan 300 lokasi di 70 buah negara dengan capaian media sosial sebanyak 1.46 Bilion.