'Jom infak, wakaf pembelian al-Quran'

Noor Mazlina (empat dari kanan) bersama jawatankuasa penganjuran Malaysia #QuranHour hari ini.
A
A

IPOH - Orang ramai dipelawa bersama-sama menyertai program infak dan waqaf bagi membeli 1,000 naskah al-Quran menjelang penganjuran Malaysia #QuranHour di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), esok.

Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina@Lily Noor Sarah berkata, pembelian al-Quran adalah bertujuan untuk kegunaan peserta masjid berkenaan.

Menurut Noor Mazlina, orang ramai boleh mula membuat sumbangan berkenaan di pejabat pentadbiran masjid pada Jumaat ini mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Orang ramai juga boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam 08013010003930 (Masjid Sultan Idris Shah II) Ipoh.

"Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Ustaz Syed Putra di talian www.wasap.my/60133092726/wakafalquran.

"Semoga dengan infak ini, anda mendapat keberkatan dan akan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh ALLAH SWT," katanya di sini semalam.

Sementara itu Noor Mazlina berkata, pihaknya menjangkakan lebih 1,000 jemaah menyertai program berkenaan.

Menurutnya, selain program kali ini dianjurkan pada hari Jumaat, ia juga dimulakan lebih awal iaitu pada 11 pagi hingga 12 tengah hari, berbanding sebelum ini iaitu 12 hingga 1 tengah hari.