Anak kucing terperangkap dalam lubang paip

Bomba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam lubang paip sedalam dua meter hari ini.
Bomba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam lubang paip sedalam dua meter hari ini.
A
A
A

SEKINCHAN - Sepasukan anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor anak kucing terperangkap dalam lubang paip sedalam dua meter di sebuah rumah di Parit 8, Kampung Sungai Leman di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 petang.

Menurutnya, sepasukan tiga pegawai dan anggota diketuai Komander Operasi, Muhamad Fathin Aqil Halim dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi, anggota mendapati anak kucing berkenaan terperangkap dalam paip terbabit.

"Anggota kemudian bertindak memecahkan paip sebelum berjaya menemui haiwan itu yang berada dalam keadaan lemah," katanya.

Menurutnya, operasi mengeluarkan anak kucing itu mengambil masa kira-kira 30 minit dan tamat sepenuhnya pada jam 2.24 petang.

"Anak kucing yang diselamatkan itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya yang tinggal di kawasan berkenaan," katanya

Artikel Berkaitan: