Wan Azizah sokong lantikan Rafizi

 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan bernilai RM32,640 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana yang diwakili guru besar sekolah tersebut Mohd Nazri Mahh Tuki (dua, kanan) pada Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) Datuk Abdul Hamid Hussain (dua, kiri).
Empat lagi sekolah yang menerima sumbangan ialah Sekolah Menengah Taman Seraya, Sekolah Kebangsaan Taman Muda Ampang, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai dan Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.
Sumbangan wang tunai tersebut bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah membuat penyelenggaraan asas di sekolah masing-masing.- Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan bernilai RM32,640 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana yang diwakili guru besar sekolah tersebut Mohd Nazri Mahh Tuki (dua, kanan) pada Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) Datuk Abdul Hamid Hussain (dua, kiri). Empat lagi sekolah yang menerima sumbangan ialah Sekolah Menengah Taman Seraya, Sekolah Kebangsaan Taman Muda Ampang, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai dan Sekolah Kebangsaan Tasek Permai. Sumbangan wang tunai tersebut bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah membuat penyelenggaraan asas di sekolah masing-masing.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rafizi juga menerima banyak undi pada proses pemilihan PKR 2018 baru-baru ini.

“Itu adalah prerogatif presiden (parti) untuk memilih sesiapa dan Rafizi juga dalam pertandingan (pemilihan PKR) mendapat undi yang banyak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Dewan Jalan H. Kampung Pandan Dalam, di sini hari ini.

Selain Rafizi, Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju turut diumumkan sebagai Naib Presiden PKR.

Pengumuman itu dibuat semalam oleh Anwar dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Ketiga-tiga lantikan baharu tersebut akan menyertai tiga lagi naib presiden parti yang dipilih pada Pemilihan PKR 2018 baru-baru ini, iaitu Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Tian Chua.

Pada proses pemilihan PKR lepas, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden. - Bernama

Artikel Berkaitan: