Gojek beri kesan positif kepada masyarakat

Perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) itu menerima pelbagai respons di Malaysia.
Perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) itu menerima pelbagai respons di Malaysia.
A
A
A

JAKARTA - Cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan berasaskan teknologi, Gojek yang akan diperluaskan ke Malaysia telah dibantah banyak pihak termasuk pengendali pengangkutan.

Ketua Hubungan Gojek, Muhammad Chairil bagaimanapun tidak melatah dengan penolakan itu kerana beliau yakin Gojek sebenarnya akan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Menurutnya, dasar atau kehadiran hal tertentu akan menerima pelbagai reaksi dari banyak elemen atau masyarakat.

"Ia boleh menjadi dalam bentuk protes atau penolakan secara langsung yang tidak dapat dielakkan. Setiap perkara ada kebaikan dan keburukannya. Pasti ada jalan penyelesaiannya," katanya di Jakarta Barat pada Isnin lalu.

Jelasnya lagi, mereka akan meneliti strategi pihak Malaysia dan mereka akan akur dengan keputusan dibuat.

"Kami akan terus berkomunikasi dengan pihak berkaitan tentang hal itu. Setiap langkah untuk mengembangkan perniagaan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara tersebut.

Gojek yang baru mendapat persetujuan kerajaan Malaysia untuk beroperasi di negara itu mendapat pelbagai respons daripada pengusaha perniagaan dan ada yang melihat perkara itu pada sudut positif dan sebaliknya. - Kompas.com

Artikel Berkaitan: