Langkah bijak kurangkan projek mega

Ismail (tengah) menyampaikan cek KWAPM kepada Masnun.
Ismail (tengah) menyampaikan cek KWAPM kepada Masnun.
A
A
A

PASIR PUTEH - Langkah kerajaan mengurangkan projek mega amat wajar kerana ia memberikan keuntungan besar kepada individu tertentu sahaja.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Puteh, Ismail Mohamad berkata, tindakan itu membolehkan kerajaan menumpukan kepada agenda membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk sumbangan dan kemudahan.

"Ini langkah bijak kerajaan yang mungkin rakyat tidak nampak, cukuplah dengan projek bertaraf sederhana kerana apa yang penting ketika ini adalah membela rakyat.

"Projek pembangunan tetap ada bagi memenuhi keperluan rakyat tapi bukan projek mega," katanya.

Menurutnya, dalam suasana ekonomi yang kurang baik hari ini, rakyat perlu dibantu.

Katanya, pemimpin terus memainkan peranan menyelami permasalahan rakyat dan membantu menyelesaikannya secara berhemah dan bebas dari pembaziran.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ismail meyampaikan replika cek Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) RM13,600 kepada guru besar sekolah berkenaan, Masnun Mat Daud.

Artikel Berkaitan: