X

Kindly register in order to view this article
!

Tak perlu salahkan UMNO-Pas

Reezal Merican (tengah) dan Idris (dua dari kanan) bersama kepimpinan UMNO dan Pas Sabak Bernam pada Majlis Ceramah Penyatuan Ummah 'Piagam UMNO Pas Penentu Masa Depan Ummah di Malaysia' di Dataran Tan Sri Zainal Dahlan di sini malam tadi.
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil langkah memperbetulkan keadaan berbanding menyalahkan pembangkang kononnya membangkitkan isu kaum dan agama di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, apa yang disuarakan kaum Melayu adalah atas kepincangan pentadbiran kerajaan sedia ada.

"Orang Melayu berasa terancam dan kita tak boleh kata isu perkauman kerana itu adalah hakikat sebenar dihadapi ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Ceramah Penyatuan Ummah 'Piagam UMNO Pas Penentu Masa Depan Ummah di Malaysia' di Dataran Tan Sri Zainal Dahlan di sini malam tadi.

Reezal Merican berkata, isu yang berlaku ketika ini bukanlah rekaan UMNO dan Pas sebaliknya menegaskan, ia adalah perasaan yang lahir daripada kaum Melayu ketika ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu tampil melalui penambahbaikan atau serahkan tampuk pemerintahan negara kepada UMNO dan Pas.

"Kalau tak mampu, biar UMNO dan Pas ambil alih teraju negara," katanya.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, apa yang diperjuangkan UMNO dan Pas adalah demi kepentingan agama dan bangsa.

Beliau berkata, hal berkaitan perpaduan ketika ini dilihat semakin longgar disebabkan tindakan kerajaan PH dalam beberapa perkara membabitkan kepentingan kaum Melayu.

"Rasis ini apabila kita ambil hak orang tetapi dalam isu ini, kita hendak pertahankan hak kita. Hak kita hendak diambil takkan kita anggap ini perkauman.

"Ibaratnya sebuah rumah yang kita miliki diceroboh pihak lain, sedangkan kita hendak pertahankan rumah tetapi dituduh pula sebagai penceroboh," katanya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengakui isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu termasuk pembangkang, dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata isu perkauman itu sengaja ditimbulkan pihak berkenaan bagi mengkritik pentadbiran kerajaan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf