Tze Tzin tak mahu layan soalan mengenai Skuad Sabil

Pemuda UMNO Pulau Pinang turut membuat laporan polis terhadap Tze Tzin malam tadi.
Pemuda UMNO Pulau Pinang turut membuat laporan polis terhadap Tze Tzin malam tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin enggan memberi sebarang komen ketika ditanya mengenai beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pemuda UMNO sebelum ini.

Beliau yang ditemui pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Pertanian Tepat Padi di sini pagi tadi, tidak mahu menjawab soalan wartawan sebelum berlalu pergi meninggalkan lokasi sidang akhbar.

"Saya tak mahu jawab soalan itu, sekian terima kasih ya," katanya.

Sebelum ini, Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru menerusi akaun Twitter memuat naik gambar Skuad Sabil dengan menulis keterangan 'Akhirnya, satu juta pak guard dari Bangladesh telah sampai'.

Difahamkan, selepas mendapat kritikan daripada pengguna laman sesawang mengenai hantaran di Twitter itu, Tze Tzin bertindak memadam gambar berkenaan.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Afriz Mohd Noor berkata, beberapa laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO di seluruh negara bagi menggesa tindakan dikenakan terhadap timbalan menteri berkenaan.

Beliau berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan sebegitu telah memberi gambaran yang salah dan boleh menimbulkan persepsi buruk kepada masyarakat umum khususnya fitnah jahat bahawa Pemuda UMNO adalah pendatang asing dari Bangladesh.

"Tindakannya itu turut menjatuhkan maruah Pemuda UMNO.

Artikel Berkaitan:

“Saya mohon supaya pengguna Twitter itu disiasat mengikut Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isu penghinaan terhadap Skuad Sabil dan Pemuda UMNO mula tular di media sosial sejak semalam apabila tangkap layar hantaran daripada seorang pengguna Twitter bernama @simtzezin mula disebarkan oleh netizen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelar Skuad Sabil ‘pak guard dari Bangladesh’ keterlaluan

Hina Skuad Sabil: Pemuda UMNO gesa polis siasat Tze Tzin